Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Amalan rundingan terus melalui perolehan kerajaan dihalang sama sekali, tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, amalan berkenaan yang sudah diamalkan sekian lama sebenarnya memberi ruang lebih besar bagi penyalahgunaan kuasa.

“Amalan pada hemat saya dari dulu itu (telah) menyaksikan suatu bentuk rompakan penyalahgunaan kuasa, yang mudah memberi ruang.

“Sang penguasa (seperti) menteri-menteri kewangan, senang dengan prinsip rundingan terus.

“Walaupun ada kaedah-kaedah (rundingan terus) saya setuju, tetapi ia berikan ruang yang lebih luas bagi sang penguasa untuk menetapkan (harga). Ini pernah berlaku secara meluas,” katanya.

Anwar menambah, amalan tersebut sekiranya berterusan akan menyebabkan keterbatasan tugas antara jawatankuasa teknikal dan pegawai lapangan.

Perdana Menteri berucap pada perhimpunan warga Kementerian Kewangan bersama Perdana Menteri di kementerian itu di sini, hari ini.-Berita RTM