Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Kepimpinan di institusi pengajian tinggi (IPT) perlu diberi ruang dan kelonggaran untuk mewujudkan idea-idea baharu dalam bidang pendidikan negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, saranan itu juga bagi memastikan IPT mampu bersaing dengan lebih baik di peringkat serantau dan dunia sekali gus negara berupaya membentuk mahasiswa yang berdisplin dan berkualiti tinggi.

“Saya cadang kepada Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, beri ruang kepada pimpinan universiti beri banyak kelonggaran.

“Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) harus hanya menyelaras bagi mengelakkan pertindihan permasalahan, tetapi beri lebih banyak ruang universiti mencabar mereka dalam dua tahun melihat kepada program yang lebih baik,”katanya.

Beliau berucap pada program perasmian Wacana Strategi Kementerian Pendidikan Tinggi di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.-Berita RTM