Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Kerajaan Negeri Melaka masih mengkaji pelaksanaan percubaan Zon Bebas Kenderaan yang melibatkan penutupan sebahagian jalan di sekitar Banda Hilir selama 54 jam bermula pukul 6.00 petang setiap Jumaat hingga pukul 12.00 tengah malam Ahad.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, pelbagai kaedah sedang dirangka kerajaan negeri untuk memastikan kelancaran aliran trafik sempena berdepan Tahun Melawat Melaka (TMM 2024).

Kerajaan negeri masih mengumpulkan respon orang ramai berkenaan perubahan aliran trafik di kawasan pelancongan yang sedang dilaksanakan itu.

“Jika kita melihat tempat pelancongan bersejarah ini menjadi tumpuan pelancong untuk menjadikan kawasan itu sebagai lingkaran jalan. Kerajaan negeri masih lagi membuat kajian dan percubaan ini supaya kehadiran yang lebih ramai pelancong.

“Kerajaan negeri tidak akan menganiya peniaga-peniaga pastinya kita akan memberi pulangan yang baik kepada mereka dalam kawasan-kawasan yang telah digazetkan nanti,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Penutup Megasurf Pantai Puteri 2023 di sini.

Dalam perkembangan lain Melaka juga masih lagi mengkaji kadar kenaikan tarif air selain membuat kajian jumlah hasil yang digunakan sebelum untuk mempertingkatkan harga air.

Ab Rauf akan memastikan sebarang kenaikan tarif air di negeri itu tidak akan membebankan pengguna.

“Melaka sedang membuat kajian berapa jumlah hasil yang akan digunakan untuk mempertingkatkan harga air ini.

“Dia tak sama dengan negeri-negeri lain sebab lagi besar geografi dia lagi besar kos operasinya. Jadi Melaka juga sedang melihat dan mengkaji. Pastinya kita akan maklumkan satu harga yang tidak membebankan rakyat,” katanya.-Berita RTM