Lawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ke sebuah pasaraya di Setapak Kuala Lumpur hari ini membuktikan harga barangan harian terkawal harganya dan ada yang menjualnya lebih rendah dari harga kawalan.
Ketika menunjukkan buktinya kepada media hari ini, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, harga minyak masak botol dijual jauh lebih rendah dari harga kawalan.
“Harga minyak masak ini dijual dengan harga RM28.90. Siapa kata naik?” kata Salahudin sambil menunjukkan minyak masak berjenama 5 kg yang ada dirak jualan pasaraya berkenaan.
Katanya, walaupun harga kawalanya adalah RM30.90, tetapi ada yang menjual RM26 atau 25 di bawah paras harga kawalan.
“Ini adalah bukti bahawa kita mengawal (harga barang),” kata beliau ketika turun ke sebuah pasaraya di Setapak hari ini.
Salahudin menjawab kritikan kononnya harga barangan naik dan tidak dikawal oleh kerajaan.
Selain minyak masak, banyak lagi barangan yang harganya jauh lebih rendah dari harga setahun lalu ketika negara ditadbir oleh Perikatan Nasional (PN).
Bahkan, telur yang tidak ada di pasaran dua tahun lalu berjaya diadakan dan dengan harga yang terkawal pula.
Perbandingan harga sekarang dengan setahun lalu.