Sorting by

×

Semakan pertengahan penggal Rancangan Malaysia ke-12 akan dibentang di dalam sidang parlimen khas dalam bulan September.

Pembentangan semakan akan dibuat pada 11 Sept dan diikuti oleh perbahasan dari 12 hingga 14 September. Jawapan menteri akan diberikan pada 18 dan 19 September.

Rancangan Malaysia ke-12 dibentang ketika Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi perdana menteri pada September 2021.

Semakan semula akan diketuai oleh Menteri Ekonomi Rafizi Ramli. Beberapa sesi keterlibatan membabitkan pelbagai pemegang taruh sedang dan akan dijalankan sebelum semakan dibuat.

Antara perkara yang akan diberi tumpuan dalam sesi semakan ialah seperti berikut:

peruntukan RM400 bilion untuk projek pembangunan sedia ada dan baharu
matlamat untuk mencapai pendapatan purata isi rumah mencecah RM10,000 sebulan menjelang 2025
jurang yang mengecil antara KDNK Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak
pengurangan pelepasan gas rumah hijau.