Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Tarikh-tarikh penting bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, Terengganu dijangka diketahui hari ini.

Satu mesyuarat khas akan diadakan bagi menentukan tarikh-tarikh penting tersebut yang dipengerusikan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh, di Menara SPR, Putrajaya bermula 10 pagi ini.

Abdul Ghani turut dijadual mengadakan sidang media sejurus selepas mesyuarat khas itu bagi mengumumkan tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya berkenaan.

Pada 26 September lalu, Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan Che Alias Hamid yang mewakili PAS selepas pihak pempetisyen iaitu Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil (pengundi) berjaya membuktikan perbuatan rasuah berlaku dengan tujuan mempengaruhi pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Hasil dari kemenangan pihak pempetisyen, pihak PAS memutuskan untuk tidak memfailkan sebarang rayuan mengenai keputusan petisyen tersebut. – Media Perpaduan