Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

PUTRAJAYA:Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menurunkan caj penyertaan Bazar Deepavali 2026 sebanyak 85 peratus kepada maksimum RM400, termasuk cagaran, berbanding RM2,626 tahun lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, kadar baharu itu menyamai caj yang dikenakan bagi Bazar Ramadan, selain tempoh operasi bazar dipanjangkan daripada 21 hari kepada 30 hari.

Katanya, langkah berkenaan bertujuan mengurangkan kos berniaga kepada penjaja di Kuala Lumpur, selain memberi peluang kepada mereka menjana pendapatan untuk tempoh lebih panjang.

“Fokus kita senang sahaja, kita nak turunkan kos untuk penjaja dan beri tempoh berniaga yang lebih panjang kepada mereka dan jumlah petak juga meningkat,” katanya pada sidang media di kementeriannya hari ini. -BH Online