KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) akan meneruskan perkhidmatan Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) bagi memastikan liputan kesihatan kepada masyarakat di kawasan pedalaman.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata tiada sebab untuk menghentikan perkhidmatan berkenaan kerana ia amat penting kepada masyarakat di kawasan pedalaman.
“Kita akan teruskan, tiada sebab untuk menggantung perkhidmatan ini. Salah satu matlamat utama FDS adalah untuk mencapai liputan kesihatan sejagat.
“Jadi, kita akan mempergiatkan lagi usaha, memperkukuh dan meneruskan perkhidmatan ini,” katanya pada sidang media khas di sini, hari ini. -BH Online
