Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

ISU ketiadaan bank komersial di Pelangai yang diatasi tidak lama lagi.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau menerima maklum tersebut daripada Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang mengemukakan rayuan penduduk Pelangai untuk memohon sebuah bank komersial di kawasan mereka.

Justeru, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, sebuah bank komersial akan dibina di Pelangai dalam masa terdekat.

“Kita akan uruskan sebuah cawangan komersial atau pun sebuah bank yang dapat membantu penduduk Pelangai melakukan transaksi kewangan bukan hanya setakat hanya mesin pengeluaran wang automatik (ATM)yang ada,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Karnival Kerjaya MyFuture Jobs bersama Hawa Malaysia di Felda Chemomoi, dekat Bentong, semalam.

Terdahulu media melaporkan terdapat keperluan mendesak terhadap pembangunan dan perkhidmatan seperti bank, stesen minyak serta pasar raya di Pelangai. -Media Perpaduan