Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Akademi Bola Sepak DNA Faisal Halim di Mengkuang Titi, Pulau Pinang, sebagai usaha memperkasakan pembangunan bola sepak akar umbi serta mencungkil bakat muda negara.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata, akademi berkenaan bukan sekadar tempat latihan, sebaliknya medan membina disiplin, semangat juang dan keyakinan dalam kalangan generasi muda.

“Saya percaya masa depan sukan negara bergantung kepada usaha membentuk bakat muda dengan nilai kerja keras, adab dan iltizam yang tinggi,” katanya.

Anwar turut berharap akademi itu dapat melahirkan lebih banyak bakat muda, yang mampu mengharumkan nama negara di pentas lebih tinggi.null

Faisal, yang turut dikenali sebagai Mickey, adalah antara tonggak serangan utama skuad Harimau Malaya dan Selangor FC, terkenal dengan aksi lincah dan prestasi konsisten pada peringkat domestik serta antarabangsa. – BERNAMA