Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

BUTTERWORTH: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan apabila setiap kementerian tidak boleh sewenang-wenangnya menghapuskan subsidi, terutama membabitkan barangan keperluan dan makanan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata beliau bersama pegawainya sebelum itu sering bertemu Anwar membincangkan mengenai keputusan menarik subsidi telur ayam.

Ini pada mulanya tidak dipersetujui kerana bimbang berlaku kenaikan harga barangan asas berkenaan.

Katanya, selepas meyakinkan Perdana Menteri bahawa kementeriannya telah berbincang dengan penternak, baharu keputusan penarikan subsidi dibuat, yang ternyata harganya tidak naik, malah berlaku pula lambakan.

“Perdana Menteri (Anwar) paling payah nak lawan dengan dia (mengenai) kenaikan harga ini. 

“Dia tak setuju, dulu telur ayam, kita nak tarik subsidi, saya dengan pegawai-pegawai terpaksa jumpa dia berkali-kali dengan maklumkan yang kita nak tarik subsidi telur ayam.

“Dia tanya (nanti) tak naik harga ke? Selepas itu dia (berseloroh) dia kata Mat (Mohamad) kalau naik hang (awak) jaga.” Saya kata, tak…kita dah bincang dengan penternak,” katanya ketika berucap di perkarangan Pejabat AMANAH Pulau Pinang di Sungai Dua, di sini, malam tadi.

Beliau berkata, kerajaan tidak boleh bermusuhan dengan penternak kerana yang buat jahat hanya satu atau dua kartel tetapi kebanyakannya (penternak lain) boleh bekerjasama.

Beliau berkata, kerajaan tidak boleh bermusuhan dengan penternak kerana yang buat jahat hanya satu atau dua kartel tetapi kebanyakannya (penternak lain) boleh bekerjasama.-BH Online