Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

BACHANG, 9 Mei– Program Hasrat Madani akan diperluas ke seluruh negara dalam usaha menyatupadukan masyarakat berbilang kaum.

Program berkenaan telah dilaksana di tiga negeri, Sabah, Pulau Pinang dan Melaka.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pelbagai program menarik diatur dalam program tersebut, termasuk wayang pacak.

Program berkenaan dilihat berjaya mengumpul masyarakat berbilang kaum menyaksikan filem yang ditayangkan.

”Kita baru buat beberapa program, jadi ia akan diteliti untuk dipertingkat agar dapat menarik perhatian orang ramai.

”Mungkin lebih banyak kawasan akan dipilih, namun ia bergantung kepada unit yang terlibat, bawah Jabatan Penerangan,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas hadir ke Program Hasrat MADANI di Taman Bachang Baru, Batu Berendam.

Hadir sama Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Adam Adli Abdul Halim dan pelakon Filem yang ditayangkan iaitu Legasi : Bomba The Movie, Nas-T.

Katanya, program-program bersama komuniti seperti ini perlu diperbanyakkan bagi mendekati masyakat diperingkat akar umbi.-Berita RTM