Oleh Noraini Nordin
(Ulasan Berita)
Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini berlangsung dalam keadaan dunia yang tidak menentu, khususnya berikutan serangan Amerika Syarikat ke atas Iran yang bertali arus hingga menggusarkan komuniti dunia.
Dengan situasi perang yang sudah memasuki minggu ketiga dan entah bila akan berakhir, ketidaktentuan paling mengerikan ialah kenaikan harga minyak mentah dunia.
Pada masa ini, harga minyak sudah meningkat naik ia menjadikan subsidi yang ditanggung kerajaan melonjak kepada RM2 bilion sebulan bagi petrol, manakala subsidi diesel naik kepada RM1.2 bilion sebulan berbanding RM700 juta sebelum ini.
Selain peningkatan bayaran subsidi yang disebabkan kenaikan harga minyak itu memberi kesan kepada kewangan negara, ia juga dalam masa yang sama nenyebabkan kenaikan harga barang dan pelbagai kos kehidupan yang lain.
MELINDUNGI KEBAJIKAN RAKYAT
Pendek kata, kehidupan rakyat turut terjejas dalam banyak aspek jika perang terus berlarutan.
Meski begitu, Kerajaan MADANI yang dipimpin oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak berganjak daripada pendirian untuk terus melindungi kebajikan rakyat, khususnya sepanjang Ramadan dan persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri beberapa hari lagi.
Perang, kenaikan harga minyak dan dunia yang tidak menentu tidak dijadikan alasan untuk Kerajaan MADANI mengurangkan khidmat kepada rakyat.

Kesejahteraan, keceriaan dan kepekaan kepada kebajikan rakyat Malaysia terus diutamakan oleh PMX tanpa pilih kasih.
MERINGANKAN BEBAN RAKYAT
Bagi tujuan tersebut, beberapa
langkah telah dilaksanakan untuk meringankan beban rakyat dan memastikan persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini berjalan dengan lancar serta ceria.
Berikut adalah beberapa langkah atau pendekatan yang diambil oleh Kerajaan MADANI sempena sambutan Aidilfitri tahun ini:-
- Pemberian cuti tambahan Aidilfitri
- Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan dari 14 hingga 28 Mac 2026.
- Bayaran awal Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 pada 10 Mac
2026 kepada 5.2 juta penerima yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.3 bilion. - Penyaluran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam, pesara
dan veteran, termasuk sumbangan khas kepada lebih 70,000 imam, bilal,
tok siak, noja, marbut serta guru KAFA dan takmir - Peluasan subsidi tiket penerbangan FLYsiswa bernilai RM400 kepada
pelbagai institusi pengajian tinggi - Pelaksanaan hampir 1,900 Program Jualan Rahmah MADANI sepanjang
Ramadan bagi memastikan bekalan mencukupi dan harga berpatutan - Larangan penjualan minyak masak paket bersubsidi kepada warga
asing bagi memastikan subsidi hanya dinikmati rakyat Malaysia - Sebagai tambahan kepada semua ikhtiar itu, pemberian diskaun tol
sebanyak 50 peratus selama dua hari sempena Aidilfitri bagi mengurangkan kos perjalanan rakyat pulang ke kampung halaman turut dilaksanakan. - Pemberian inisiatif itu melibatkan kos berjumlah RM21.03 juta bagi tujuan pampasan kepada syarikat
konsesi tol.
Selain itu, Kerajaan MADANI menerusi Jabatan Insolvensi Malaysia pula akan
melaksanakan ikhtiar pelepasan kebankrapan secara Fast Track sempena Aidilfitri ini di mana sekitar 4,000 individu, khususnya ibu dan bapa tunggal akan dibebaskan daripada belenggu kebankrapan.

Semua langkah ini adalah manifestasi nilai ihsan dan kemanusiaan yang
menjadi teras Kerajaan MADANI dalam memastikan rakyat terus menikmati
manfaat daripada kemakmuran negara.
Perlu diakui dalam menjaga dan memastikan kesejahteraan rakyat kepimpinan Kerajaan MADANI yang diterajui oleh PMX adalah yang paling terbaik dan realistik.-MEDIA PERPADUAN
