KUALA LUMPUR, 19 Mac– Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Sabtu, 21 Mac 2026.
Pengumuman itu dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, sebentar tadi.
“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Isnin, 21 Mac 2026,” katanya menerusi pengumuman yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Terdahulu, umat Islam mula menunaikan ibadah puasa pada 19 Februari 2026.-Berita RTM
