Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Peruntukan undang-undang sedia ada di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] sudah mencukupi untuk memerangi rasuah di negara ini.

Perkara itu ditegaskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said bahawa pada masa hadapan, SPRM bagaimanapun sentiasa terbuka terhadap apa-apa cadangan penambahbaikan daripada semua pihak.

“Berdasarkan input yang diterima daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), peruntukan undang-undang sedia ada di bawah Seksyen 36 Akta SPRM sudah mencukupi untuk menghendaki mana-mana individu memberikan maklumat kepada pihak SPRM berkenaan dengan harta yang dimiliki olehnya,

“… atau yang mengenainya dia mempunyai apa-apa kepentingan, sama ada di sisi undang-undang atau ekuiti, dan menyatakan tarikh setiap harta yang dikenal pasti itu diperoleh dan cara bagaimana harta itu diperoleh,” katanya dalam jawapan lisan menjawab pertanyaan Pang Hok Liong (PH-Labis) di Dewan Rakyat, semalam.-BH Online