Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Oleh: Noraini Nordin (Ulasan Berita)

Keseriusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memerangi rasuah, menghentikan ketirisan dan mengangkat aspek tatakelola dalam pentadbiran Kerajaan MADANI memang tidak perlu dipertikaikan lagi.

Sudah terlalu kerap PMX bercakap mengenai jenayah rasuah ini bahkan tidak dinafikan beliau adalah Perdana Menteri yang paling lantang sekali bersuara dalam hal tersebut.

Apa yang dilakukan oleh PM Anwar adalah untuk melihat Malaysia terus maju ke depan dengan kemakmuran dan kesejahteraan yang melimpah buat rakyat.

Namun demikian, meski sudah kerap beliau bercakap dan mereka yang disyaki terlibat juga banyak yang telah ditangkap serta di bawa ke muka pengadilan, tetapi gejala tersebut masih juga berlaku lagi.

AMARAN KERAS ANWAR KEPADA PIMPINAN TERTINGGI

Itulah yang membuatkan beliau kadang-kadang kecewa dan hilang sabar dengan mereka yang tidak gentar melakukan rasuah.

Ia sehingga baru-baru ini beliau memberi amaran keras kepada pimpinan tertinggi agensi penguatkuasa agar segera melaksanakan pembaharuan atau bersedia diturunkan pangkat ke jawatan lebih rendah susulan masih wujud kelemahan serius dalam aspek penguatkuasaan.

Dengan menetapkan tempoh seminggu, Anwar menegaskan, meskipun kerajaan mencatat pelbagai kejayaan dari segi ekonomi dan pemerintahan sepanjang hampir tiga tahun pentadbiran, ruang untuk melakukan penambahbaikan masih luas dan tidak boleh dipandang ringan.

“Saya nak berikan kata-kata yang keras dan singkat, sudah sampai ketikanya yang mana kita harus beri jawapan, kalau sudah diamanahkan dan rasanya kurang mampu menerima cabaran besar dan ujian berat dan pelawaan (penyelewengan) terlalu menarik, saya syorkan untuk dimaklumkan dalam tempoh seminggu ini kepada ketua-ketua jabatan, kepada saya sendiri atau menteri.

“Sila bagi tahu jika belum bersedia untuk mengambil (amanah sebagai pemimpin penguat kuasa). Tempoh satu minggu.

“Kenapa saya pilih untuk menyatakan ini? Kerana saya sampai ke tahap hilang kesabaran dan merasakan masih ada kelemahan dan ruang kelompangan yang wajib diperbaiki,” katanya dengan tegas.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Menteri Bersama Ketua-Ketua Jabatan/Agensi Penguatkuasaan Yang Berhubungan Dengan Jenayah Kewangan baru-baru ini.

Dalam waktu yang sama, beliau turut mempersoalkan bagaimana penyeludupan boleh berlaku secara terbuka dan kelemahan penguat kuasa seolah-olah membenarkan keterlanjuran berterusan, sambil mengingatkan jawatan tinggi dan pengiktirafan yang diterima seharusnya mendorong keberanian untuk bertindak tegas dan berintegriti.

KETIRISAN DAN RASUH PALING BESAR MERUGIKAN NEGARA

Sesungguhnya, amaran dan hilang sabar Perdana Menteri dalam hal ini hendaklah diambil serius oleh semua pihak yang terlibat dalam aspek penguatkuasaan di negara ini.

Ketiririsan dan rasuah paling besar serta paling merugikan negara adalah berpunca daripada kelemahan penguatkuasaan, khususnya di pintu masuk sempadan dan di pelabuhan-pelabuhan.

Sebab itu, adalah penting mereka yang diberi amanah itu menjalankan tugas dengan jujur serta ikhlas dan mengelakkan diri daripada terpedaya dengan tawaran pihak berkepentingan yang hanya ingin mengaut keuntungan.

Sewaktu cuti panjang sempena perayaan Thaipusam dan Hari Wilayah minggu lalu, penulis menyusuri beberapa negeri untuk meninjau sendiri respon rakyat terhadap pelbagai bantuan yang salurkan oleh Kerajaan MADANI dan juga isu rasuah yang kerap dibangkitkan oleh PMX.

`JERUNG-JERUNG’ PUN PAKAI BAJU LOKAP

Rata-rata komuniti yang penulis temui memuji usaha PMX yang tidak memilih `bulu’ dalam usaha memerangi rasuah demi kesejahteraan negara.

PMX berani dan tegas.Jerung-jerung’ yang selama ini bersembunyi di sebalik pangkat dan kuasa tidak boleh melepaskan diri lagi.

`Dahuluikan bilis’ sahaja ditangkap. Kini `jerung-jerung’ pun sudah kena pakai baju lokap . Kami bangga dan hormat dengan tindakan PMX .
Semoga PMX diberi kesihatan terbaik untuk terus menjadi Perdana Menteri Malaysia, ‘’ kata seorang peniaga restoran sewaktu penulis menjamu selera di premis beliau bersama teman dari Johor..

Peniaga wanita yang membahasakan dirinya Mak Wan’ dengan rahmah menyapa penulis. PMX terbaik. Mak Wan suka MADANI . MADANI terbaik,’’ sambil jarinya menunjukan logo MADANI pada baju yang dipakai oleh penulis.

Ini adalah satu isyarat yang jelas yang menunjukkan bahawa PMX dilihat semakin mendapat sokongan apabila pendekatan tegas kerajaan dalam menangani rasuah mula menunjukkan kesan positif.

Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara mari kita terus memberi sokongan kepada PMX dalam perjuangan menentang rasuah serta menyebarkan pelbagai bantuan yang disalurkan oleh Kerajaan MADANI.-MP