Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan mengoperasikan dua jenis misil antipermukaan atau ‘Surface to Surface Missiles’ (SSM), termasuk Naval Strike Missile (NSM) dari Norway yang akan diterima pada Mac ini.

Selain itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, memaklumkan misil ATMACA dari Turkiye pula sedang dalam proses perolehan dan dijangka diterima pada 2028.

Ia adalah sebahagian daripada pelan penggantian secara berperingkat bagi keupayaan peluru berpandu anti-kapal TLDM, dengan menilai platform peluru berpandu generasi baharu, termasuk NSM yang mempunyai keupayaan jarak lebih jauh, kebolehhindaran radar lebih tinggi dan integrasi rangkaian sensor moden.

“Pendekatan berperingkat dan berhemah ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk memodenkan keupayaan TLDM secara realistik dan mampan, selaras dengan keperluan keselamatan maritim negara dan kemampuan fiskal semasa,” katanya dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat, di sini, semalam.null

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah) mengenai rancangan penggantian peluru berpandu jenis Exocet MM40 Blok II (berusia 29 tahun) yang usang dan tidak relevan lagi digunakan untuk kapal tempur milik TLDM dengan peluru berpandu generasi kelima, seperti NSM dan jangkaan program penggantian selesai.-BH Online