BAITULMAQDIS, 30 Januari – Israel mengumumkan bahawa lintasan Rafah antara Gaza dan Mesir akan dibuka semula pada 1 Februari ini.
Bagaimanapun, menurut Israel, pergerakan di lintasan itu adalah terhad kepada individu-individu tertentu.
Pergerakan masuk dan keluar akan dibenarkan dengan kerjasama Mesir.
Ia selepas individu tersebut menjalani pemeriksaan keselamatan oleh Israel dan di bawah pengawasan misi Kesatuan Eropah. -AFP
