Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah telah memecat pasukan peguamnya yang terlibat dalam petisyen pilihanraya kerusi parlimen Gua Musang.

Ini menyebabkan petisyen pilihanraya Gua Musang diketepikan mahkamah.

Pasukan tersebut diketuai oleh peguam Mohd Azmi Mahmood.

Yusfarizal Yusoff yang mewakili ahli parlimen Gua Musang Mohd Azizi Abu Naim mengesahkan perkara ini, lapor Malaysiakini.

“Petisyen Gua Musang telah diketepikan selepas Ku Li memecat kesemua peguamnya, termasuk Shafee Abdullah dan Hafarizam (Harun).

“Mahkamah telah melihat surat (daripada Azmi kepada firma guaman Hafarizam Wan & Aisha Mubarak bertarikh 4 Sept berkaitan pemecatan) dan salinan telah dihantar kepada peguam responden (Azizi) pagi ini,” katanya.

Dalam pilihan raya umum lalu, tokoh veteran yang mesra dikenali sebagai Ku Li tewas tipis kepada Azizi dengan 163 undi.