Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari mengesahkan petisyen pilihan raya akan difailkan ke atas keputusan empat kerusi DUN akan dikemukakan dalam masa terdekat.
“(Petisyen) itu sedang diperhalusi, kita telah bincang untuk pihak PKR dahulu dan memang kita sudah semak semua perkara. Insya-Allah ia akan dikemukakan dalam masa terdekat, kita sedang menunggu proses keputusan pewartaan yang telah dibuat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program FIT Malaysia peringkat Selangor 2023.
Empat kerusi DUN yang dimaksudkan adalah Sungai Kandis, Taman Medan, Gombak Setia dan Dengkil.
SPR sudahpun memaklumkan keputusan dan penyata pengundian telah diwartakan pada 29 Ogos.
Gabungan PH-BN tewas dengan jumlah tipis. Dengkil: 407 undi, Sungai Kandis:167 undi, GOmbak Setia: 58 undi dan Taman Medan: 30 undi.