Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR, 24 November – Kementerian Digital kini sedang menggubal Rang Undang-Undang Tadbir Urus Kecerdasan Buatan (AI).

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata ia bagi memperkukuh kawalan terhadap penggunaan teknologi berkenaan serta mewujudkan amalan tadbir urus AI yang bertanggungjawab.

Ke arah itu, Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) kini sedang membangunkan Kertas Cadangan Kerangka Kawal Selia AI.

“Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) juga sedang membangunkan Kertas Cadangan Kerangka Kawal Selia AI yang merangkumi risiko AI, kemudaratan AI, pelaporan insiden dan prinsip-prinsip etika yang akan dijadikan asas cadangan bagi skop RUU tersebut.

“Rang undang-undang ini berasaskan penilaian risiko untuk memastikan ekosistem ai yang selamat dan bertanggungjawab”, katanya pada sesi Dewan Rakyat semasa menjawab soalan Wakil Lubok Antu, Roy Angau Anak Gingkol.

Tambahnya, Kementerian menerusi Cybersecurity Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kini sedang membangunkan aplikasi berasaskan AI bagi mengesahkan ketulenan gambar dan video untuk membantu siasatan jenayah siber.-Berita RTM