KOTA KINABALU, 22 November – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, Kerajaan MADANI komited memberikan perhatian dan keutamaan terhadap pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Menurutnya, penglibatan Sabah dan Sarawak dalam menterjemah pelaksanaan MA63 telah bermula sejak 2018 ketika Barisan Nasional menerajui kerajaan, menunjukkan bahawa usaha tersebut bukan agenda baharu, sebaliknya kesinambungan yang perlu diperkasa.
“Dengan komitmen Kerajaan MADANI, saya yakin MA63 dapat dilaksanakan sepenuhnya. Saya sendiri akan mendesak di peringkat Kabinet supaya perjanjian ini dijayakan dan Datuk Seri Arthur sebagai rakan komponen dalam BN Sabah juga akan menyuarakannya,” katanya.
Datuk Ser Dr. Ahmad Zahid ditemui media selepas melancarkan Manifesto Barisan Nasional di Kota Kinabalu.-Berita RTM
