Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan bantuan khas kewangan RM500 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.

Selain itu, bantuan khas kewangan sebanyak RM250 turut diberikan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata bantuan berkenaan akan disalurkan sempena Aidilfitri, pada awal Mac tahun depan.-BH Online