Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Kerajaan menyalurkan peruntukan RM140 juta bagi meningkatkan kerjasama menyumber luar pesakit hospital awam ke hospital tentera, universiti dan swasta.

Ia antara ikhtiar dalam usaha mengatasi isu kesesakan di hospital awam yang sekian lama berlarutan.

Selain itu, bagi mengurangkan kebergantungan kepada hospital awam, peranan klinik kesihatan turut diperkasa.

Bagi tujuan itu, kerajaan menyalurkan RM30 juta untuk menyediakan perkhidmatan pakar kepada komuniti. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pembentangan Belanjawan 2026 turut mengumumkan pembinaan hospital, klinik dan blok tambahan baharu meliputi fasiliti kesihatan memerlukan di seluruh negara.-BH Online