KAZAN: Tatarstan menyatakan minat mendalam untuk mengadaptasi model kewangan Islam Malaysia dalam usaha untuk memformalkan dan mengembangkan amalan perbankan patuh syariah di Russia.
Dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kazan Kremlin hari ini, Rais (ketua) Tatarstan, Rustam Minnikhanov berkata kerajaannya ‘serius untuk belajar dengan Malaysia’ dalam bidang kewangan Islam.
“Kami sangat berminat untuk meneroka pengalaman Malaysia dalam perbankan Islam,” katanya ketika perkongsiaan idea selama 10 minit dengan Anwar, yang baru tiba di sini dari Moscow.null
Tatarstan dipilih sebagai salah satu daripada wilayah perintis bagi eksperimen perbankan Islam oleh Russia, dua tahun selepas ia dilancarkan pada tahun 2023, bersama tiga lagi wilayah iaitu Bashkortostan, Chechnya dan Dagestan.
Sejak itu, wilayah terbabit muncul sebagai peneraju dengan menyumbang lebih daripada separuh daripada jumlah perolehan kewangan Islam di bawah skim perintis itu.
“Republik kami adalah wilayah perintis untuk pelaksanaan perbankan perkongsian Islam di Russia.
“Kami juga melakukan banyak kerja dalam membangunkan industri halal. Bidang ini menjanjikan kerjasama yang cerah. Kami belajar daripada anda, mengguna pakai amalan terbaik ,” kata Minnikhanov.null
Anwar yang tiba di sini sekitar jam 1 tengah hari tadi selepas mengadakan perbincangan bersama pegawai tertinggi di Moscow, menyambut baik semangat berkenaan dan menyatakan komitmen untuk Malaysia menyokong pembangunan ekonomi Islam di rantau itu.
“Pasukan saya dan saya sendiri bersedia untuk membincangkan isu perdagangan dan ekonomi, pengenalan perbankan Islam dan pembangunan industri halal.
“Tatarstan mempunyai potensi yang besar dan banyak cadangan. Kami bersedia untuk bekerja dan mengembangkan hubungan kami ” katanya.
Lawatan Anwar ke sini menandakan peringkat kedua lawatan rasmi empat hari beliau ke Russia, bermula di Moscow pada kelmarin.
Sewaktu di ibu negara itu, beliau bertemu dengan Presiden Russia, Vladimir Putin dan Perdana Menteri, Mikhail Mishustin, dengan agenda utama membabitkan ekonomi dan kerjasama strategik.
Anwar juga menerima ijazah doktor kehormat daripada Moscow State Institute of International Relations University (MGIMO).
Di sini, beliau dijadualkan menyampaikan ucaptama di Forum Kazan ke-16 dan mengambil bahagian dalam dialog Kumpulan Visi Strategik Russia–Negara Islam.
Forum itu dilihat sebagai wadah utama untuk memajukan perkongsian ekonomi Islam antara Russia dan negara-negara yang mempunyai majoriti Muslim.
Sementara itu, Minnikhanov menyifatkan kehadiran Anwar di Forum Kazan adalah satu penghormatan bagi Tatarstan.
“Sesuatu yang menggembirakan menerima delegasi dalam kalangan perniagaan turut serta dalam forum ini.
“Forum Kazan diadakan dalam status persekutuan selama tiga tahun dan menjadi platform utama untuk mewujudkan kerjasama antara Rusia dan negara-negara dunia Islam,” katanya.
Tatarstan dan Malaysia turut memperluas hubungan dalam perdagangan, pembangunan belia dan budaya.
https://googleads.g.doubleclick.net/pagead/ads?gdpr=0&client=ca-pub-7290637544752706&output=html&h=430&adk=1759374627&adf=3899972605&pi=t.aa~a.1654364369~i.42~rp.4&w=430&abgtt=6&lmt=1747328015&num_ads=1&rafmt=1&armr=3&sem=mc&pwprc=9625033039&ad_type=text_image&format=430×430&url=https%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fberita%2Fnasional%2F2025%2F05%2F1396448%2Ftatarstan-minat-guna-pakai-model-kewangan-islam-malaysia&fwr=1&pra=3&rh=332&rw=398&rpe=1&resp_fmts=3&sfro=1&wgl=1&fa=27&dt=1747328044145&bpp=1&bdt=1088&idt=1&shv=r20250513&mjsv=m202505120101&ptt=9&saldr=aa&abxe=1&cookie=ID%3D358c70a5adc19563%3AT%3D1747316459%3ART%3D1747316459%3AS%3DALNI_MYPmzxfnk1zj75YK9uTu-cVJOGmAg&gpic=UID%3D000010c2f408b30d%3AT%3D1747316459%3ART%3D1747316459%3AS%3DALNI_MZbRqT5f67mb4DmIltHbk9uVKkWsw&eo_id_str=ID%3Dde71808ed3b0e562%3AT%3D1747316459%3ART%3D1747316459%3AS%3DAA-Afjaj6gupWKbOOyp35vo0yPvg&prev_fmts=0x0%2C430x430&nras=3&correlator=5800879575883&frm=20&pv=1&u_tz=480&u_his=1&u_h=932&u_w=430&u_ah=932&u_aw=430&u_cd=24&u_sd=3&adx=0&ady=3084&biw=430&bih=731&scr_x=0&scr_y=0&eid=31092426%2C95353386%2C31092390%2C42533293%2C95360954%2C95360295%2C95360949&oid=2&pvsid=5834120080949578&tmod=1308257695&uas=1&nvt=1&ref=http%3A%2F%2Fm.facebook.com%2F&fc=1408&brdim=0%2C0%2C0%2C0%2C430%2C0%2C430%2C731%2C430%2C731&vis=1&rsz=%7C%7Cs%7C&abl=NS&fu=128&bc=31&bz=1&ifi=8&uci=a!8&btvi=2&fsb=1&dtd=5
Kem belia membabitkan 200 remaja dari kedua-dua negara turut dirancang pada musim luruh ini di Kuala Lumpur.
Program ini dibangunkan berdasarkan lawatan delegasi Tatarstan tahun lalu ke Majlis Belia Kebangsaan Malaysia, yang pernah dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri.
Sebelum pertemuan itu, Minnikhanov turut menyampaikan kepada Anwar koleksi puisi berbahasa Inggeris yang ditulis oleh tokoh sastera Tatar yang terkenal, Gabdulla Tukai, sebagai lambang hubungan yang semakin mendalam antara kedua-dua wilayah yang berakar umbi dalam bidang ekonomi dan budaya.
Tatarstan menjadi perintis dalam usaha kewangan Islam Russia dan ia menempatkan universiti Islam rasmi pertama negara itu dan muncul inisiatif utama seperti Pusat Ekonomi Islam Russia dan Taman Perindustrian Halal ‘Baltach’, yang beroperasi sepenuhnya di bawah prinsip kewangan Islam.-BH Online