Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Dr Puad Zarkashi menegaskan bahawa presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak perlu meletakkan jawatan ekoran prestasi buruk BN-UMNO di dalam pilihan negeri di enam buah negeri.

“Jangan menuding jari. Ia beban bersama. Mendesak Zahid letak jawatan bukan penyelesaian. Semua bertanggungjawab.”

Sejurus selepas keputusan PRN keluar, presiden Bersatu Tan Sri Mahiaddin Yassin mendesak perletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Zahid.

Zahid ialah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah di dalam jemaah menteri.

Puad berkata Mahiaddin angkuh dan mempersoalkan kredibiliti dalam keadaan menghadapi tuduhan mahkamah

“Mahiddin angkuh bila suruh Zahid letak jawatan. Bila PN kalah teruk di Melaka dan Johor dia tidak letak jawatan. Dia kekal Presiden Bersatu sedangkan dia kluster mahkamah”

Bekas pengerusi UMNO Terengganu Tan Sri Idris Jusoh juga mendesak peletakan jawatan Zahid.

Puad berkata UMNO secara keseluruhan perlu mendapatkan kembali sokongan masyarakat Melayu.

“UMNO perlu dapat balik sokongan orang Melayu. Menteri Menteri UMNO mesti serius menjayakan agenda Melayu dan rakyat. Kuasa di tangan mereka.”

Puad berkata Zahid adalah pemimpin yang paling sesuai untuk mengepalai UMNO dalam memperkukuhkan kerjasama di dalam kerajaan perpaduan.

“Sebab itu UMNO mesti kekal dalam kerajaan perpaduan. PH-BN perlu mengukuhkan kerjasama. Zahid sesuai pikul misi ini.

“Dia tidak perlu letak jawatan. Jangan melatah.”