Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Gabungan Pakatan Harapan – Barisan Nasional mahu memfailkan petisyen pilihan raya terhadap keputusan empat kerusi DUN di Selangor.

Kerusi-kerusi berkenaan adalah Sungai Kandis, Taman Medan, Gombak Setia dan Dengkil.

“Selain majoriti rendah, kita juga ambil maklum ada beberapa hal boleh dipertimbangkan untuk dibuat petisyen, seperti kes kertas undi tidak dikembalikan di Sungai Kandis,”kata pengerusi PH Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

“Pasukan peguam akan membuat penelitian lanjut mengenai kes di semua kerusi ini, sebagai pertimbangan dalam membuat petisyen,” katanya lagi pada majlis pengumuman keputusan PRN Selangor di sebuah hotel malam tadi.

Jumlah undi majoriti yang sangat rendah direkodkan di Dengkil (407), Sungai Kandis (167), Gombak Setia (58) dan Taman Medan (30).