Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan pesanan kepada para pengundi yang akan terlibat dalam pilihan raya negeri membabitkan enam negeri dan kawasan parlimen Kuala Terengganu.
Beliau menyifatkan tanggungjawab mengundi sebagai satu tundakan serius yang akan menjamin kemajuan, keamanan dan perpaduan Malaysia.
“Esok pada tanggal 12 Ogos, insya Allah, rakan dan saudara-saudari dari enam negeri kawasan undangan negeri dan juga parlimen Kuala Terengganu akan menunaikan tanggungjawab mereka.
“Pastikan pilih wakil atau calon yang didukung untuk menerajui kerajaan negeri dan juga sebagai anggota parlimen di Kuala Terengganu. Saya berdoa kepada Allah swt semoga ia dapat berjalan dengan lancar dan baik. Kita dapat tenang menunaikan tanggungjawab.
“Kepada pengundi-pengundi termasuk anak-anak muda yang baru mendapat peluang, diberikan hak memilih, saya percaya dapat memilih dengan bijak, menjaga keamanan negara, kestabilan negara dan parti dan kerajaan yang boleh memulihkan ekonomi, memberi jaminan pekerjaan kepada mereka dan yang lebih utama memberi keselesaan hidup diri, keluarga mereka dan juga negara Malaysia tercinta.
“Ambillah tanggungjawab ini sebagai suatu yang serius untuk menjamin suatu kemajuan bagi negara dan juga keamanan dan perpaduan rakyat seluruhnya.”