Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi menasihatkan pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Mahiaddin Yassin agar tidak mewujudkan kluster baru – kluster takut mahkamah.

“Jangan wujudkan kluster baru, iaitu “Kluster takut Mahkamah”. PN Best terbukti hanya retorik,” katanya menerusi hantaran Facebook.

Ini adalah ekoran daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mahu menyoal menantu Mahiaddin, Adlan Berhan berhubung projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe).

“Sepatutnya Mahiaddin minta menantunya balik segera untuk disoal siasat oleh SPRM. Dia patut buat kenyataan terbuka agar rakyat tidak gelisah.

“Mahiaddin kena tunjuk teladan baik. Dia masih bermimpi jadi PM. Kenapa tunggu SPRM buat pendedahan baru nak balik? Ini isu serious bila SPRM minta Interpol bantu cari, minta imigresen gantung paspot dan akan disenarai hitamkan.

Adlan mendakwa, menerusi peguam, bahawa dia tidak lari sebaliknya sedang bercuti.

Setakat ini Mahiaddin membisu seribu bahasa dalam perkara ini.