Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Menjadi satu fenomena di Terengganu sekarang, jika anda nak senang kena rapat dengan pemimpin Pas. Jika tidak jangan mimpi untuk mendapat bantuan atau habuan dari kerajaan negeri.

Inilah yang menimpa orang biasa di Terengganu tambah-tambah lagi kalau mempunyai rekod memegang apa-apa jawatan dalam Umno.

Sebelum ini tersebar satu audio, seorang pengundi dari Kuantan memohon bantuan tiket atau minyak kereta untuk pulang mengundi di kampungnya di Kerteh, Kemaman dalam PRN esok, dari seorang pemimpin kanan Pas di Kemaman.

Namun oleh kerana keluarganya ramai yang dikira penyokong Umno, permohonan beliau ditolak mentah-mentah oleh pemimpin Pas berkenaan kerana kononnya duit poket, tambang atau minyak kereta itu datangnya dari Pas.

Sekarang ini tersebar pula senarai penerima tanah untuk projek menanam kelapa matap dari kerajaan negeri Terengganu.

Projek yang berjalan di Mengabang Bakong, Batu Rakit ini hampir kesemuanya diperolehi oleh orang yang dekat dengan calon Pas Batu Rakit sekarang.

Menurut senarai yang disebarkan itu, 67 penama mendapat tanah seluas satu ekar suku (500 meter persegi) bagi setiap lot untuk projek kelapa matap.

Berdasarkan senarai nama penerimanya, hampir kesemua mereka mempunyai kaitan dengan calon Pas berkenaan.

Yang mengejutkan juga, ramai juga penama yang mendapat tanah berkenaan adalah masih bujang dan belum berkahwin lagi.

Tetapi kerana mempunyai hubungan rapat dengan calon berkenaan, samada melalui pertalian keluarga atau parti, mereka turut mendapatnya.

Sebelum ini, isu tanah juga menjadi isu panas di Terengganu apabila pihak yang rapat dengan Pas dan pemimpin kerajaan negeri mendapat tanah di Terengganu.

Persatuan Isteri wakil rakyat yang diketuai oleh isteri MB Terengganu sendiri mendapat tanah tapak mahkamah di Kuala Terengganu.

Sebuah koperasi milik Pas juga mendapat tanah di Kuala Ibai manakala seorang isteri wakil rakyat mendapat tanah di Kuala Berang.