Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Syarikat China GDS akan melaburkan RM4.5 bilion untuk membina kampus pusat data hiperskala dalam tempoh 10 tahun, umum Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching.

“Saya juga berbesar hati menerima maklumat daripada pihak GDS bahawa mereka berniat untuk melabur anggaran RM4.5 bilion di Malaysia dalam 10 tahun ini dan seterusnya membangunkan tenaga yang boleh diperbaharui (renewable energy) dalam projek mereka.

“Pelaburan ini menunjukkan Malaysia mempunyai ekosistem yang ideal dan mantap dalam membawa masuk pelaburan asing dalam landasan ke arah ASEAN Digital Hub,” kata Teo menerusi hantaran Facebook.

Untuk rekod, GDS telah pun membangunkan kampus pusat data hiperskala di Nusajaya Tech Park, Iskandar Puteri dengan pelaburan RM1.38 bilion.

Kampus pusat data tersebut yang bakal dirasmikan esok membabitkan kawasan seluas 22,500 meter persegi dengan kapasiti tenaga 69.5 megawatt.