Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan, parti Gerakan bersikap lebih Cina dari DAP, kata Setiausaha Perhubungan Pas Pulau Pinang, Iszure Ibrahim.
Dalam satu audio yang disebarkan melalui media sosial, Iszure berkata, perkara ini ditegaskan Hadi dalam perbincangan beliau bersama pimpinan Pas lain dengan Hadi ketika membincangkan isu Bayan Lepas.
“Saya dah pergi berunding bagi mewakili Harian Negeri termasuk PJ (pesuruhjaya Pas) bersama pimpinan Pas Pusat termasuk Tok Guru Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man, Ustaz Idris (Ahmad) dan Setiausaha Agung.
“Saya terlibat dua atau tiga kali.
“Tok Guru Presiden bertegas, memang agenda Gerakan ini lebih Cina dari Cina DAP,” kata Iszuree dalam audio yang disebarkan itu.
Iszure adalah pemimpin Pas Pulau Pinang yang menghalang dan menghalau Presiden Gerakan, Dominic Lau dari menyertai satu majlis ceramah PN di Sungai Dua, Pulau Pinang sebelum ini.
Pas Pulau Pinang mahu bertanding di Bayan Lepas kerana ia adalah kerusi majoriti Melayu.
Tetapi, kata Iszure melalui audio itu, Pas telah disailang oleh Gerakan dan Datuk Seri Hamzah Zainudin.