Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Ketua Pakatan Harapan Pulau Pinang Chow Kon Yeow meramalkan pertandingan sengit di tiga DUN yang terletak di bahagian barat Pulau Pinang yang juga merupakan DUN majoriti Melayu.

Ketiga-tiga DUN tersebut adalah Bayan Lepas, Pulau Betong dan Telok Bahang.

“Demografi pengundi di tiga kawasan ini berbeza dari berbanding kawasan lain di Pulau Pinang.

“Setakat ini, saya percaya ia sangat rapat. Tidak kira menang atau kalah, ia akan ditentukan dengan beberapa ratus undi,” kata Chow selepas sesi bertemu pengundi bersama calon Pakatan Harapan Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz.

Beliau bagaimanapun yakin bahawa ketiga-tiga kawasan tersebut boleh dimenangi.

Ketiga-tiga kawasan terletak di bahagian pulau dan pengundi Melayu adalah pengundi majoriti.