Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dakwaan setiausaha agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan gelombang politik menyokong Perikatan Nasional tidak lebih dari kenyataan politik sahaja.
Ini kerana Anwar sendiri mendapat sambutan luar biasa ketika di Kedah semalam.
“Tak mengapalah, itu kenyataan politik, saya di Kedah semalam, sambutan luar biasa baik. Kita tak boleh nafikan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Takiyuddin berkata gelombang PN di enam negeri memberi isyarat jelas Kerajaan Perpaduan akan turun takhta pemerintahan pada ‘Ogos’ nanti.