Pengerusi Pakatan Harapan Selangor Datuk Seri Amirudin Shari membayangkan bahawa Perikatan Nasional begitu terdesak untuk mengetengahkan manifesto sehingga meniru manifesto gabungan PH-BN dalam pilihan raya negeri.
“Kita semua pernah ada pengalaman tengok kawan yang submit assignment last minute (serah tugasan pada detik-detik akhir).
“Apabila gelabah dan nak tercirit dia pun tiru kerja kawan-kawan lain dan claim dia best,” ciap beliau malam tadi.
Malam tadi pengerusi PN Tan Sri Mahiaddin Yassin melancarkan manifesto mereka dengan tema Selangor Baru, Kita Bangkit dengan 112 tawaran.
PH Selangor telah melancarkan manifesto pada 31 Julai dengan tema 5 Tekad untuk 5 Tahun