Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa beliau membawa hartawan Indonesia Riza Chalid ke Kedah untuk menghadap Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah sebelum pembubaran parlimen tahun lepas sebagai kunjungan hormat dan bukannya berkaitan sumber unsur nadir bumi (REE).
“Menghadap Tuanku itu jadual bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah. Jadi saya tidak mahu kaitkan. Itu pertemuan Sultan Kedah.
“Pertemuan saya dengan sahabat saya dengan Sultan Kedah, di istana. Dia tak ada kaitan dengan perniagaan dalam bidang itu, tidak,” katanya selepas merasmikan sidang kemuncak Tahun Pengkomersilan Malaysia.
“Isu dia ini, kalau dia memohon (projek REE), itu bukan kepada Sultan Kedah,” katanya yang juga pengerusi Pakatan Harapan selepas merasmikan sidang kemuncak Tahun Pengkomersilan Malaysia.
Anwar turut tiada sebarang permohonan dibuat oleh Riza Chalid untuk mengusahakan aktiviti REE di Kedah.
Beliau berkata begitu sebagai membalas kepada tuduhan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang membuat dakwaan tersebut.