Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Parti komponen Perikatan Nasional, Gerakan bertentangan pendirian dengan PAS dalam soal judi.

Perkara ini jelas kelihatan di Negeri Sembilan.

Semalam, calon PN Tang Jay Son dari parti Gerakan, yang bertanding kerusi majoriti Cina di Chuah, berkata bahawa tidak akan ada larangan premis perjudian di negeri itu sekiranya PN mengambil alih pentadbiran negeri.

Tang berkata tidak seperti Kedah, Negeri Sembilan mempunyai penduduk bukan Islam yang besar dan oleh itu dasar PN untuk kedua-dua negeri akan berbeza.

“Penduduk muslim di Kedah melebihi 80 peratus, jadi kerajaan tempatan mengambil majoriti etnik sebagai pertimbangan utama dalam menggubal dasar negeri.

“Tetapi di Chuah, pengundi Cina melebihi 57 peratus. Dalam keadaan berbilang kaum, dasar mesti mengambil kira kepelbagaian dan saling menghormati.

“Kedah dan Terengganu mempunyai penduduk majoriti Islam, jadi dasar kerajaan tempatan akan memihak kepada kumpulan etnik majoriti, tetapi di sini (Chuah) berbeza,” katanya, seperti dilapor The Star.

“Jika ada dasar yang kelihatan tidak menguntungkan kaum lain, kami akan menggesa sekutu kami untuk memperbetulkannya dan memastikan pendekatan yang seimbang, dan kami akan mengingatkan PAS untuk mentadbir secara adil,” kata Tang.

PAS menentang aktiviti perjudian empat ekor. Perlis di bawah bakal menutup perniagaan judi menjelang 2024.

Kedah berhenti memperbaharui lesen untuk aktiviti berkenaan sejak 1 Januari 2023.

Kelantan telah menghapuskan aktiviti tersebut lebih 30 tahun lalu

Aktiviti perjudian nombor empat ekor sudahpun dihentikan oleh PAS di negeri Kelantan, P