Polis Kedah telah membuka kertas siasatan ke atas akaun TikTok ‘Projek Papa’ yang disiasat kerana menghina Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim selepas menerima laporan polis dari ahli jawatankuasa UMNO Pendang, di Balai Polis Pendang tengah hari semalam.
“Polis Kedah telah terima satu laporan berkaitan penghinaan terhadap Perdana Menteri Malaysia,” kata jurucakap Polis Kedah, Senior Asisten Komisioner Alzafny Ahmad dalam satu kenyataan
“Pengadu merupakan ahli jawatankuasa UMNO Pendang beritahu telah melayari akaun TikTok ‘Projek Papa’ dan dapati kandungan video tersebut mempunyai unsur yang menghina Perdana Menteri Malaysia dan mempunyai hasutan yang boleh menyebabkan kegusaran dan perpecahan rakyat,” tambahnya.
Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.
Seksyen 504 adalah berkaitan kesalahan mengaibkan hingga menjejaskan keamanan awam.
Untuk rekod, akaun ‘Projek Papa’ adalah kepunyaan Papagomo.