Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Manifesto PH – BN Pulau Pinang menawarkan 50 manifesto di bawah 16 tema besar.

Antara tema menarik ialah tema ke 15 bertajuk Hak Pulau Pinang. Dua manifesto yang disenaraikan di bawah tema ini adalah:

Menuntut kerajaan persekutuan untuk menyalurkan peruntukan pembangunan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang.

Mempertahankan hak riparian negeri dan melaksanakan Projek Air Perak – Pulau Pinang sebagai jaminan bekalan air Pulau Pinang.

Kedua – dua manifesto yang disenaraikan adalah penting dalam memastikan kelangsungan negeri ini.

Fokus khas turut diberikan kepada penyeimbangan pembangunan kawasan luar bandar menerusi langkah merangka pelan induk penambahbaikan kampung dan
luar bandar.

Usaha meningkatkan pekerjaan berkemahiran tinggi akan diusahakan menerusi pembangunan Meditech City di Batu Kawan dan prjek GBS by the Sea supaya Pulau Pinang boleh mencapai taraf bandaraya global.

Kesemua 16 tema adalah berlandaskan kepada VisiPenang 2030 dengan empat sasaran iaitu:

Meningkatkan daya huni bagi menambah baik kualiti kehidupan
Menaik taraf ekonomi bagi meningkatkan pendapatan isi rumah
Memperkasa rakyat bagi meningkatkan penyertaan awam
Melabur dalam persekitaran terbina bagi menambah baik daya pemulihan.