Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain telah mengesahkan bahawa pihak polis menyiasat kes video suntingan yang membabitkan sebahagian kecil titah Sultan Nazrin Muizzudin Shah sebagai kes 3R.
Beliau turut memberitahu bahawa pihak polis telah mengambil keterangan pemimpin Muslimat PAS Melaka, dalam usia 40-an, yang menyunting sebahagian kecil titah Sultan Nazrin Muizzudin Shah di Balai Polis Cyberjaya.
“Tiada tangkapan setakat ini dan polis telah merekod keterangannya.
“Sama ada dia akan dipanggil semula, itu bergantung siasatan. Ini ialah kes 3R kerana mewujudkan sentimen raja,” kata Razarudin.
Kes ini sedang disiasat dibawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Akta Hasutan 1948.
Setakat ini 24 laporan polis telah diterima berhubung kes ini dan Pejabat Sultan Perak turut membuat laporan polis.