Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

AYER KEROH: Lebih 5,000 umat Islam di Melaka menghadiri Majlis Berselawat Seri Bendahara yang diadakan sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri, di sini, malam tadi.

Majlis di kediaman rasmi Ketua Menteri Melaka itu yang dianjurkan kerajaan negeri. dipenuhi dengan qasidah dan selawat dari beberapa kumpulan termasuk Ahbabul Sham dan Hadroh Anwarut Thoyyba.null

Selain itu, ceramah yang disampaikan Timbalan Mufti Pahang, Datuk Badli Shah Alaudin selain pendakwah antarabangsa, Dr Habib Musthofa dan guru agama, Ustaz Muhammad Hatta Abd Rahim.

Majlis turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali; EXCO Kanan Negeri, Datuk Rais Yasin serta beberapa pemimpin negeri.

Dalam ucapannya, Ab Rauf mengajak umat Islam di Melaka untuk bersama-sama memperingati pengorbanan Rasulullah SAW dalam memperjuangkan agama Islam.

“Seperti mana firman Allah SWT dalam Surah Al-Anbiya ayat 107 bermaksud, tidak kami utuskan engkau (Muhammad), melainkan untuk memberi (rahmat) kepada sekalian alam.

“Menerusi ayat suci berkenaan, Nabi Muhammad SAW’ sebenarnya adalah `qudwah hasanah’ atau suri tauladan yang sebenar untuk dicontohi dalam menegakkan kehidupan sebagai seorang muslim yang bertaqwa,” katanya.-BH Online