Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

ISLAMABAD, 3 Oktober– Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dari Universiti Sains dan Teknologi Kebangsaan (NUST) Pakistan.

Menerusi perkongsian di facebook, Datuk Seri Anwar berkata anugerah itu sebagai pengiktirafan terhadap sumbangannya dalam bidang pendidikan, intelektualisme Islam dan dasar-dasar dalam memperkukuh hubungan antara dunia Islam.

“Sewaktu syarahan umum, saya tekankan keperluan untuk Malaysia dan Pakistan bekerjasama dalam memerangi ekstremisme radikal dan keganasan melalui perkongsian risikan dan inisiatif secara bersama.

“Saya juga menekankan kepentingan memperkasakan belia dan wanita dan menekankan hubungan yang berakar umbi antara kedua-dua negara”, katanya menerusi hantaran di facebook.

Perdana Menteri dalam rangka Lawatan Negara ke Pakistan sejak semalam bagi meningkatkan kerjasama dua hala dan mengeratkan hubungan persahabatan yang terjalin selama 67 tahun antara kedua-dua negara.-Berita RTM