Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

JAKARTA: Setiausaha Agung ASEAN, Dr Kao Kim Hourn hari ini mengadakan persidangan video dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Mereka membincangkan antara lain inisiatif Malaysia dalam timbang tara antarabangsa dan pembiayaan pihak ketiga ketika negara itu bersiap sedia mengambil alih pengerusian ASEAN pada 2025, menurut kenyataan daripada Sekretariat ASEAN.

Laos, pengerusi ASEAN semasa, dijangka secara rasmi menyerahkan kepimpinan kepada Malaysia ketika Sidang Kemuncak ASEAN yang akan berlangsung dari 8 hingga 11 Oktober.

Diasaskan pada 8 Ogos 1967, ASEAN kini terdiri daripada 10 negara anggota: Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Thailand, Singapura dan Vietnam.

Timor-Leste kini sedang menunggu keahlian penuh dalam blok itu.- BERNAMA