Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Bandar Gaza: Kumpulan Palestin Hamas melantik Yahya Sinwar sebagai ketua politik baharu mereka.

Sinwar menggantikan Ismail Haniyeh yang dibunuh di Tehran selepas menghadiri majlis angkat sumpah presiden baharu Iran pada 31 Julai.

Hamas mengumumkan perkara itu dalam satu kenyataan di saluran Telegramnya, lapor Agensi Anadolu (AA) pada Selasa.

Hamas dan Iran menuduh Israel membunuh Haniyeh, namun Tel Aviv tidak mengesahkan mahupun menafikan penglibatannya.

Seorang pegawai kanan Hamas Sami Abu Zuhri berkata: “Pemilihan Sinwar sebagai pemimpin Hamas menghantar mesej yang signifikan kepada musuh (Israel) dan sekutunya.”-Harian Metro Online