Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Malaysia dan Pakistan sepakat untuk terus menyatakan solidariti kepada penduduk Gaza yang terkesan dengan tindakan tidak berperikemanusiaan Israel.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, komitmen itu dinyatakan ketika beliau menerima panggilan telefon daripada rakan sejawat dari Pakistan, Shehbaz Sharif, hari ini.

“Saya turut memuji Perdana Menteri Shehbaz atas keberanian beliau memposisikan kedudukan Pakistan terkait kemelut di Gaza.null

“Seharusnya pemimpin Islam negara lain perlu terus mengukuhkan sokongan dalam meningkatkan bantuan kemanusiaan, selain menggandakan usaha menamatkan penjajahan dan pendudukan Israel di bumi Gaza,” katanya dalam hantaran melalui Facebook.

Selain itu, Anwar memaklumkan bahawa mereka merancang untuk bertemu di ibu negara Pakistan, Islamabad, dalam masa terdekat agar hubungan kedua-dua negara dapat terus diperkukuh.

Melalui panggilan telefon itu, Anwar dan Shehbaz turut berbalas ucapan selamat menyambut Aidiladha, selain mendoakan kesejahteraan bersama dan keluarga serta rakyat kedua-dua negara. – BERNAMA