Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Barisan Nasional (BN) sedia berbincang seawal mungkin mengenai model kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata perbincangan itu antara lain membabitkan pertimbangan BN sama ada ingin bergerak solo atau meneruskan kerjasama sedia ada.

Barisan Nasional (BN) sedia berbincang seawal mungkin mengenai model kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata perbincangan itu antara lain membabitkan pertimbangan BN sama ada ingin bergerak solo atau meneruskan kerjasama sedia ada.

Katanya, ketetapan kerjasama itu akan diputuskan dalam mesyuarat kepemimpinan tertinggi komponen BN.

“Seperti disebut pengerusi BN sebelum ini, kita akan meneruskan apa yang ada.

“Kita juga melihat segala bentuk kerjasama dalam membentuk kerajaan Persekutuan hari ini. Model kerjasama (membentuk kerajaan Perpaduan) boleh diteruskan jika majlis pimpinan ingin membuat keputusan itu,” katanya dalam sidang media dan prapelancaran Sambutan Jubli Emas Ulang Tahun BN ke-50 di sini, hari ini.

Zambry yang juga Menteri Pendidikan Tingg mengesahkan BN akan melakukan persiapan lebih awal menghadapi PRU ke-16 yang dijangka berlangsung sekitar tiga tahun lagi.

Katanya, kerangka beberapa siri pilihan raya kecil (PRK) sebelum ini dijadikan panduan BN untuk menghadapi PRU-16.

“Sudah tentu kita melakukan persiapan awal kerana kerangka mula perlu dilaksanakan dan akan dimaklum dari semasa ke semasa,” katanya.

Mengenai perbezaan pendapat dlam parti komponen khususnya berkaitan kerjasama MCA dengan PH, beliau berkata, perkara itu diatasi dengan ruang demokrasi dalam BN.

“Ada kalanya berlaku perbezaan ruang demokrasi dan saya tidak nafikan ia berlaku.

“Bagaimanapun, BN membuat keputusan secara bersama, keputusan untuk bekerjasama (dengan PH) hari ini juga adalah secara bersama dan tiada permasalahan untuk membentuk kerjasama,” katanya.

Sempena sambutan Jubli Emas BN, Zambry berkata, pelbagai program dan agenda akan diatur termasuk konvensyen di negeri dan acara kemuncak Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, bulan depan.

“Kelantan dan Johor akan mengadakan konvensyen pada 8 Julai, diikuti Terengganu dan Pahang pada 15 Julai depan. Negeri lain juga akan mengadakan konvensyen yang akan diatur.

“BN akan menganjurkan beberapa siri wacana forum dan dialog awam,” katanya sambil menambah generasi muda dan kalangan pemikir akan diundang sebagai usaha mengukuhkan parti bagi dekad-dekad mendatang.

“Kita juga akan melancarkan dokumen kisah sejarah perjuangan BN,” katanya.-BH Online