Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Kabinet bersetuju landasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa dipanjangkan daripada 2,400

meter kepada 2,800 meter sebagai persediaan menjadi ia lapangan terbang antarabangsa.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata persetujuan itu diperoleh selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa perkara berkenaan ke mesyuarat Kabinet Rabu lalu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata persetujuan itu diperoleh selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa perkara berkenaan ke mesyuarat Kabinet Rabu lalu.

Media sebelum ini melaporkan, Anwar bersetuju menaik taraf LTSIP Pengkalan Chepa di sini, menjadikan lapangan terbang antarabangsa.

Perdana Menteri berkata, untuk menjadikan lapangan terbang berkenaan bertaraf antarabangsa, Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk menambah panjang landasan sejauh 400 meter lagi.

Mengulas lanjut, Loke berkata, dengan pemanjangan landasan berkenaan akan meningkatkan lagi ekonomi dan industri pelancongan negeri Kelantan.

“Jika landasan itu dipanjangkan, lebih banyak penerbangan antarabangsa boleh dilakukan yang membabitkan tempoh penerbangan lima jam.

“Ini berita baik buat Kelantan dan hari ini saya datang menyatakan perkembangan terkini berhubung pemanjangan landasan berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Mohd Nassuruddin turut berterima kasih kepada Kerajaan Pusat dan Menteri Pengangkutan berhubung berita gembira itu.

Perdana Menteri pada majlis sambutan Aidilfitri di Kelantan baru-baru ini memberi jaminan memenuhi permintaan Kelantan supaya lapangan terbang itu dijadikan lapangan terbang antarabangsa untuk menarik lebih ramai pelancong.-BH Online