Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan delegasi Malaysia mengadakan lawatan ke Siemens Energy di ibu negara Jerman pada Isnin.

Lawatan itu merupakan agenda kedua Perdana Menteri pada selepas Mesyuarat Pre-Council pada sebelah pagi.

Kunjungan Anwar disertai Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz; dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick.

Siemens Energy AG (Siemens Energy) merupakan syarikat yang membangunkan, mengeluarkan, menjual, dan memasang turbin angin, turbin gas, turbin wap dan sistem menyeluruh dengan kapasiti multi-megawatt.

Pada Oktober tahun lalu, Siemens Energy dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dalam usaha untuk membangunkan teknologi hidrogen hijau di Malaysia.

Siemens Energy merekodkan permodalan pasaran EUR11.56 bilion.

Untuk rekod pasaran tambahan, Siemens Energy menerima suntikan kewangan oleh kerajaan Jerman dalam bentuk jaminan kerajaan bernilai EUR7.5 bilion.

Jaminan itu bagi membantu Siemens mengatasi isu kewangan dan memenuhi projek-projek tertunggak.-Astro Awani