Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menganalisis data berkaitan projek perintis penggunaan ubat bagi mencegah HIV, Pre-Exposure Prophylaxis (PrEPGov).
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata buat masa ini data berkenaan masih di peringkat penelitian.
“Projek rintis pemberian ubat PrEPGov untuk pencegahan HIV ini dimulakan pada Januari lalu di 18 klinik kesihatan dan diperluaskan ke tiga (klinik kesihatan) lagi pada pertengahan tahun ini.
“Pengumpulan data kajian sudah selesai pada 31 Disember lalu. Data daripada projek rintis ini sedang dianalisis bagi melihat impak kesihatan secara langsung dan tidak langsung susulan pemberian PrEP, terutama aspek pencegahan HIV dan perubahan tingkah laku berisiko,” katanya menerusi jawapan bertulis di laman web Parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab soalan lisan Datuk Dr Alias Razak (PN-Kuala Nerus) mengenai pelan KKM bagi mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) khusus mengikut kategori penerima PrEPGov.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata,selain itu, KKMdalam prosesmembangunkan garis panduan program PrEPGov.
“Ia (SOP) dibuat berdasarkan hasil dapatan projek rintis terbabit.
“Garis panduan yang dibangunkan ini adalah untuk kegunaan pengamal perubatan di semua fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta,” katanya.
Dr Dzulkefly berkata, prosedur pemberian PrEPGov adalah sama untuk semua individu yang berisiko tinggi dijangkiti HIV, termasuk pasangan ‘sero-discordant’.
November lalu, bekas Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, dilaporkan berkata setakat 30 September 2023,
seramai 2,714 individu menerima ubat berkenaa.-BH Online