Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Lebih 9,000 doktor kontrak akan ditawarkan jawatan tetap bermula tahun depan sebagai langkah kerajaan menoktahkan isu doktor kontrak yang berlarutan sejak beberapa tahun lalu.

Berikutan itu, semua doktor yang berjaya menamatkan latihan siswazah akan ditawarkan jawatan tetap secara automatik sebagai pegawai perubatan.

Sehingga kini, kerajaan MADANI sudah melantik lebih 15,000 doktor kontrak ke jawatan tetap, termasuk 4,000 orang pada tahun ini.

Dalam Belanjawan 2027, Kementerian Kesihatan (KKM) menerima peruntukan RM47.7 bilion berbanding RM46.5 bilion yang diberikan pada tahun lalu.

Selain tawaran doktor kontrak, turut diumumkan pengurangan tempoh menunggu pesakit untuk mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan. 

Untuk melaksanakannya, sebanyak RM200 juta diperuntukkan untuk menyumber luar pesakit ke hospital lain termasuk memperluaskan skop kerjasama merangkumi penggunaan fasiliti kesihatan swasta serta dewan bedah oleh sektor awam.

Selain itu, kerajaan juga akan membuat aturan ‘sessional’ atau perkhidmatan pakar untuk berkhidmat mengikut sesi atau tempoh tertentu membabitkan pakar kerajaan yang bersara mahupun pakar swasta yang lebih anjal dengan tempoh maksimum ditingkatkan. -BH Online